Fiber Optic Training kit V2

Pertandingan terkini di UUM Sintok di bawah Inovasi Pembelajaran 2019


Berikut adalah Worksheet (Kertas Kerja Amali) mengikut NOSS ILJTM













Ini adalah satu projek baharu untuk dibawa ke icompex 19 dan si2te sirim kulim.
Tarikh 19 hingga 21 mac 2019 bertempat di dewan wawasan Jitra Kedah.
pertandingan si2te di adakan di amrex complex SIRIM Kulim pada 17 april 2019.

Surat pengesahan icompex 19

surat pengesahan si2te 2019

projek kategori pembelajaran.
Projek ini bertujuan untuk membantu pengajar dalam latihan teori dan amali bagi silibus fundamental of fiber optik semester 1.

pandangan atas


pandangan 3D
Kit yang disimpan di dalam box.
Terdapat 6 aktiviti yang boleh dijalankan iaitu:-
1. pengenalan kepada jenis ² connector seperti SC dan FC
2. pengenalan kepada jenis ² adaptor seperti SC-SC dan SC-FC
3. pengenalan kepada jenis kabel pigtail dan patchcord.
4. Cara cuci connector dan sambungan kabel.
5. kesan microbending
6. Cara mengesan kerosakan menggunakan vfl bagi mengesan kabel dan lokasi kabel patah.
pigtail, patchcord dan splicing. ini patchcord jenis SC
pigtail, patchcord dan splicing kepala FC
Training kit yang telah disambungkan kabel fiber.
Alat ini dapat menunjukkan sambungan kabel ada lah baik atau tidak dengan memaparkan kekuatan isyarat yang diterima.

Amali 1.
pengajar boleh menggunakan kit latihan ini untuk menunjukkan jenis ² connector dengan menggunakan connector yang disediakan iaitu jenis SC dan FC. jenis connector lain juga boleh dimasukkan mengikut keperluan. Sistem ini setakat ini menyokong sehingga 8 jenis connector.
connector SC
connector FC
Amali 2.
pengenalan kedua adalah jenis ² adaptor iaitu jenis SC-SC dan SC-FC yang disediakan. pada masa hadapan akan dimasukkan jenis ST dan LC. Adaptor ini diletakkan di bahagian atas trainer.

Amali 3.
jenis sambungan kabel juga penting ditunjukkan kepada pelajar iaitu pigtail dan patchcord. pigtail hanya mempunyai satu connector sahaja dan di hujung satu lagi tidak mempunyai connector. bagi patchcord pula kedua ² mempunyai connector.
patchcord
Amali 4
Sambungan fiber optik mestilah bersih supaya tiada kehilangan isyarat yang tinggi di keluaran. One click cleaner boleh digunakan untuk menunjukkan kepada pelajar cara penggunaannya.

Amali 5
Salah satu kesan kehilangan adalah microbending. ini terjadi apabila kabel dibengkokkan melebihi had 2x diameter. Alat trainer ini dapat membuat ujikaji microbending dengan membuat bengkokkan mengikut bentuk yang telah disediakan dan nilai isyarat akan dipaparkan. isyarat akan menurun apabila berlaku microbending.
tempat membuat bengkokkan kabel.
Amali 6.
Amali terakhir adalah cara untuk mengesan kerosakan. Pengajar boleh menunjukkan bagaimana mengesan kerosakan atau bagaimana untuk mengetahui kabel yang dicari di dalam banyak² kabel dengan menggunakan Cahaya laser. lokasi kabel patah dan hujung fiber boleh ditunjukkan dengan alat trainer ini. Tiga butang perlu digunakan untuk tujuan keselamatan. cahaya secara terus atau berkelip boleh dipilih dengan butang.
cahaya laser keluar di hujung kabel menunjukkan kabel tidak patah.

sesi pembentangan
adib sedang berkongsi maklumat dengan peserta lain
hakim 1 sudah hadir awal. Hafiz sedang memberikan penerangan mengenai projek ini.
11 pagi. hakim kedua telah sampai untuk mendengar penerangan.
berikut adalah paparan pada lcd display untuk rujukan.

paparan mula ketika sistem dihidupkan
Paparan setelah sistem bersedia menerima arahan
paparan meminta pengguna menyambungkan kabel ujian
paparan kekuatan isyarat daripada 3 connector
paparan ketika butang kuning ditekan untuk cahaya berkelip²
sistem meminta untuk ON suis VFL untuk mendapatkan cahaya yang terang
paparan nilai Loss dalam dB. bacaan 0db bagi sambungan SC. nilai telah dibundarkan kerana saiz skrin.
selamat mencuba
Sijil penyertaan icompex 19

Berikut adalah penambahbaikan yang telah dilakukan selepas mendapat pandangan juri dan orang ramai.

1. Penambahan kotak untuk melindungi Alatan dan memudahkan pengangkutan.
kotak kecil sebelah kiri digunakan untuk menyimpan kabel.
2. penukaran port power dan usb kepada satu port RJ 45 sahaja.
satu Port RJ45 digunakan untuk kedua dua fungsi bekalan kuasa dan programming.
pin 1,2,3 dan 6 digunakan untuk kabel usb manakala pin 4 dan 7 digunakan untuk bekalan kuasa.
Adaptor 5V 2A menggunakan RJ45 pin 4 + dan pin 7- dc
penerangan tentang kegunaan kit oleh Hafiz.

muhammad hafiz dan owi bersedia untuk memberikan penerangan kepada juri dan orang awam
ahli pasukan projek fiber optik v1
bersama Kumpulan telekomunikasi
pembentangan oleh owi dan Hafiz kepada hakim
imbas qr code untuk masuk ke blog dari telefon pintar

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PELAN TINDAKAN KECEMASAN KEBAKARAN

Kursus KJP ikm beseri 12-16 nov 18